|
SOALAN LAZIM BERKAITAN PRODUK

1. Adakah produk ini benar-benar berkesan?
Ya, semua kereta yang
telah kami uji menunjukkan hasil yang ketara. Enjin lama
akan menjadi lebih lancar seperti enjin baru. Kami telah
banyak menerima maklum balas yang memberangsangkan
daripada para pelanggan kami tentang keberkesanan D'Carbo
membersihkan silinder, palam pencucuh,
combustion chamber,
piston dan intake manifold. Kami yakin anda pasti akan
mendapat faedah daripada produk yang kami tawarkan ini.
Sila baca berkenaan 'Jaminan Wang Dikembalikan' daripada
kami.
2.
Adakah penggunaan D'Carbo boleh menyebabkan jaminan kereta
terbatal?
Tidak sama sekali
kerana D'Carbo tidak memerlukan pengubahsuaian samada
mekanikal, elektrikal atau secara kimia. D'Carbo hanya
membersihkan karbon yang telah terbentuk didalam saluran
bahanapi, kebuk pembakaran, injap silinder dsb.
3.
Adakah D'Carbo sesuai untuk kenderaan berkuasa turbo?
Ya, D'Carbo sesuai
untuk semua jenis kenderaan termasuk kereta yang berkuasa
turbo atau supercharger dan kenderaan-kenderaan lain
seperti motosikal, van, lori, bas dsb. Ia juga sesuai
untuk semua jenis enjin yang menggunakan karburetor,
suntikan bahanapi dan juga enjin diesel.
4. Berapa lama
masa diambil untuk merasai peningkatan prestasi kenderaan?
Serta merta setelah
melakukan 15 minit proses pembersihan. Anda akan dapati
prestasi dan pecutan kenderaan bertambah baik. Enjin akan
menjadi lebih lancar seakan kereta baru. Penggunaan petrol
juga semakin jimat kerana karbon telah dibersihkan.
5.
Saya
tidak pernah mendengar penggunaan 'decarbonizer' dari
negara lain. Adakah teknologi ini berasal dari Malaysia?
Buat masa sekarang anda
susah untuk mencari 'decarbonizer' dijual di negara-negara
seperti USA, UK atau Australia tetapi di UK dan USA
terdapat beberapa jenis mesin pembersih karbon yang
memerlukan kos lebih kurang RM10,000. Bagaimanapun,
D'Carbo jauh lebih murah berbanding mesin-mesin tersebut
untuk melakukan tugas yang sama. Teknologinya berasal dari
Jerman dan kajian telah dilakukan di Jerman dan Australia.
Sebahagian daripada bahan komposisi D'Carbo diimport dari
luar negera tetapi pembungkusan (packing) dilakukan di
Malaysia. Ia adalah 100% bahan bukan kimia (non-chemical
substances) dan juga mesra alam. Teknologi yang digunakan
juga dipanggil 'Bio-Degradeable Technology'.
6.
Adakah D'Carbo mempunyai sijil yang dikeluarkan oleh
SIRIM?
Ya, D'Carbo telah diuji oleh SIRIM dan Speedworks (Dyno
test) Laboratory yang mana produk ini telah dibuktikan
mampu membersihkan karbon seterusnya meningkatkan prestasi
kenderaan.
7.
Berapakah kuantiti yang saya perlu gunakan?
i.) Kenderaan petrol:
2000cc
dan kebawah – 1 botol
2000cc dan keatas – 2 botol
ii.) Kenderaan diesel - 2
botol
iii.) Enjin yang mempunyai
lebih daripada 4 silinder - 2 botol
* Untuk hasil yang lebih
baik gunakan setiap 10,000km
|